Wednesday, December 16, 2009

kritikan dan nasihat atau sengaja cari gaduh???????


hidup ni macam-macam kritikan dan nasihat yang akan kita dengar untuk memperbetulkan diri kita. namun adakah kita betul-betul ikhlas untuk menasihati seseorang atau kita sengaja untuk menyakiti hati insan tersebut. hinata rasa lebih baik kita berdiam diri sekiranya kita hanya sengaja untuk menyakiti kerana kita bukan sahaja memutuskan hubungan tapi ia juga menambahkan seorang lagi insan untuk membenci kita dalam dunia ni...dan dalam menyakiti hati seseorang itu, kita juga sudah menambah satu lagi dosa...betul tak? kritikan dan nasihat juga haruslah dengan cara yang betul dan bukan dengan cara yang akan menjatuhkan maruah insan tersebut. apa salahnya sekiranya kita menasihati seseorang itu dengan cara yang betul dan jangan la pulak kita mengharapkan orang yang kita nasihat itu berubah sekelip mata. jika kita ni robot maybe boleh kot namun kita ni manusia biasa dan tidak sempurna.

Saturday, October 17, 2009

beza cinta, sayang, suka dan minat...

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
 Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

p/s : hinata arap hinata dapat jawab soalan yang diajukan oleh tuah........

Monday, October 12, 2009

Cinta Abadi

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta... Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri
mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu . Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta ! Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari
mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

p/s : hinata dapat semua ni kat internet........menarik sbb 2 hinata postkn kat blog hinata.........

Thursday, October 8, 2009

istilah cinta......

p/s : sebelum hinata menerbitkan artikal yang hinata baca ni, hinata nak bagitahu yang bukan niat hinata nak sakitkan hati sesiapa. ni just untuk peringatan pada sesiapa yang baca blog hinata. hinata juga tidak sempurna namun tiap manusia diberi peluang untuk berubah dan hinata berusaha untuk ke arah itu.........ia juga pengajaran pada hinata.....

istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan. Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan. Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat. Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya? Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi di alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua. Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya, menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’. Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau’. Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam. Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya. Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta. Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura- puraan sahaja. Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah. Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan. Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah. Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan. Kerana  inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat. Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan.

Wednesday, October 7, 2009

jodoh??????

kebelakangan ini  hinata rasa sangat penat, dengan asggment yang berlambak dan projek yang tertimbul ditambah pula dengan masalah peribadi hinata......hinata bukan ingin lari dari masalah namun hinata ingin melupakan semua itu sebentar dan tumpukan pada pelajaran hinata. hinata ingin sekali dia mengerti....hinata bukan mengabaikan dirinya tapi biarlah hinata dahulukan apa yang lebih penting dahulu sebab jika ada jodoh antara kita maka ia tidak akan kemana. hinata tidak mahu memilih buat maa ini, biarlah masa yang tentukan semuanya. hinata tidak mahu dia terus manyeksa dirinya kerana hinata kerana ada insan lain yang lebih layak untuk dirinya. hinata ingin bersendirian buat masa ini. hinata tahu tindakan hinata ni kejam namkun hinata tidak mahu terus menipu hati hinata kerana hinata tidak mampu untuk membuat keputusan dan hinata tidak mahu membuat keputusan yang menyebabkan hinata dan dia juga terluka. biarlah hinata membuat keputusan bila hinata sudah bersedia dan hinata tahu mungkin saat itu ia sudah terlambat namun sekurang-kurangnya hinata tidak lagi membuat keputusan yang terburu-buru nyang akan menyebabkan hinata menyesal. mungkin dulu hinata suka membuat keputusan tanpa memikirkan akibatnya tapi buat kali pertama biarlah hinta mengambil sedikit masa untuk berfikir. tindakan hinata dulu telah melukakan ramai insan yang tulus menyayangi hinata dan hinata tidak mahu lagi menlukakan insan yang menyayangi hinata sekarang. hinata amat berterima kasih pada dia keranan selama ni dia hadir dalam hidup hinata di saat hinata memerlukan seseorang yang boleh membimbing hinata dan melepaskan hinata dari kenangan yang amat pahit dalam hidup hinata. bantuan dia akan hinata ingat sampai bila-bila, dan sekiranya dia tiada pada masa itu mungkin hinata masih lagi hanyut....kasih sayang dan perhatian yang telah dia curahkan pada hinata amat hinata syukuri dan hinata amat menghargainya tapi hinata harap dia faham situasi hinata. bukan hinata tidak mahu memilih dia tapi hinata perlukan masa dan tiada gunanya sekiranya hinata memilih dia sekarang tapi dikemudian hari hinata akan kecewakan dirinya. hinta ingin menyintainya kerana ALLAH swt, hinata ingin menyayanginya kerana ALLAH swt, hinata ingin menerima dia seadanya kerana ALLAH swt.........dan bukan kerana nafsu dan akal fikiran semata-mata..........mungkin orang sekeliling akan cakap hinata tidak mengenang budi kerana membiarkan dia begitu sahaja tapi ini adalah keputusan hinata dan hinata tahu akan akibatnya........mungkin dia takut sekiranya hinata akan dikecewakan oleh seseorang tapi dia tidak perlu bimbang kerana hinata sudah pun bersedia menerima akibat dari semua itu....

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Thursday, October 1, 2009

hari-hari yang sibuk........

hari-hari yang sibuk sudah pun mengetuk hidup hinata sebagai seorang student namun hinata masih lagi sempat untuk meluangkan masa dengan blog ni.........bukan apa sekadar untuk meluah rasa hati dan merilekskan otak mmikirkan keje yang belum lagi siap dan semakin rumit. itulah lumrah seorang student perancang bandar.... buat masa ni hinata terpaksa ketepikan masalah peribadi hinata walaupun hinata tahu masalah tu akan bertambah rumit namun tanggungjawab sebagai student harus di utamakan....kadang kala hinata rasa macam ingin lari dari semua ni..dan pergi ke tempat yang tenang buat hinata...namun hinata harus kuat demi insan yang hinata sayang iaitu mek,abah dan insan yang amat hinata sayang......walaupun dia jauh dan antara kami tiada lagi ikatan namun hinata sentiasa manyayangi dia.... hinata mendoakan dia sentiasa bahagia dan sabar menjalankan tugasnya sebagai wira negara........hidup hinata sentiasa diburu rasa bersalah kerana telah mengecewakan dirinya...walaupun dia telah memaafkan hinata namun rasa bersalah tu masih ada dalam diri hinata.......dia begitu menyintai hinata namun hinata telah mengecewakan dia dan bukan sahaja dia malah kedua ibu bapanya........hinata begitu bodoh kerana telah melakukan kesilapan itu dan sekarang hinata terpaksa menerima balasan bagi setiap yang kesalahan yang telah hinata lakukan..........pertemuan dengannya baru-baru ni amat indah kerana dia sanggup pulang untuk menenui hinata walaupun dia jauh diperantauan......namun disebalik kegembiraan hinata ada insan lain yang kecewa dengan pertemuan hinata itu, hinata tahu dia juga cemburu namun hinata berharap dia memahaminya.........hinata tahu keduanya amat menyayangi hinata namun hinata rasa lebih elok hinata bersendirian buat seketika dan manjalankan tanggungjawab hianta sebagai student di sini.........ada kalanya hinata merasakan hinata tidak pantas untuk memiliki cinta kedua2nya..........kerana hinata sedar siapa diri hinata malah hinata tidak pasti adakah ALLAH swt akan mengampuni kasilapan hinata.hinata ingin sekali mendekatkan diri kepadaNya.......mungkin dulu hinata tidak mampu namun sekarang hinata rasa hinata sudah bersedia untuk berubah namun ia mungkin akan mengambil masa yang lama namun hinata harus sabar untuk semua itu dan mungkin ia banyak dugaan yang akan hinata terima selepas ini.........

Monday, September 14, 2009

selamat hari raya aidilfitri


tak sabar rasanya nk balik kampung halaman. kebanyakkan student utm dh mula pulang ke kampung masing-masing, insyaallah hinata juga akan pulang pada malam 16 ni. rasa rindu pada kedua ibu bapa semakin menebal, walaupun hari raya kali ini mungkin kurang meriah tanpa kakak hinata yang tersayang.....kerana abg ipar hinata xdapat cuti.....so terpaksa la kakak hinata menemani dia. rasa seperti cuti selama seminggu tidak cukup untuk hinata hilangkan rindu pada family hinata namun apa yang boleh hinata lakukan kerana hinata ada tanggungjawab yang harus hinata pikul.


kepada rakan-rakan seperjuangan hinata,hinata ucapkan selamat hari raya dan maaf sekiranya hinata banyak mengguris perasaan semua. ada kalanya hinata tidak sedar akan kesilapan hinata, namun hinat cube untuk memperbaiki kesilapan hinata. hinata mungkin tidak dapat memperbaiki kekurangan pada diri hinata secara drstik namun hinata cube sikit demi sedikit....sekali lagi selamat hari raya!!!!!!!!!!!!!!.

Monday, August 31, 2009

Selamat menyambut hari merdeka........


selamat hari merdeka...........merdeka tahun ini berbeza dari tahun lepas, tahun ni hinata menyambut hari merdeka dengan seseorang istimewa buat hinata. kehadirannya disisi hinata bagaikan mimpi....tidak hinata sangka bahawa dia masing mengingati hinata, masing lagi hinata ingin dulu,kami asyik bertengkar tiap kali bertentangan mata..........hinata tenang disampingnya dan hinata mahu dia sentiasa disisi hinata. hinata tidak mahu dia berjauhan dengan hinata. hinata dah tidak kisah apa yang orang sekeliling ingin cakap tentang dia sebab hinata lebih mengenali dia dari mereka dan mereka tidak layak untuk menilai dirinya.......dan hinata percayainya. dia selalu disamping hinata tika hinata memerlukan teman, dia memahami hinata dan dia ada tika hinata bersedih malah dia setia disisi....apa yang penting dia ada disisi hinata, mungkin ada yang mbangkang dia disisi hinata tapi hinata tidak peduli sebab apa yang hinata tahu, hinata nk dia sentiasa disisi hinata, mereka tidak pernah peduli akan sakit dan pedih hinata tapi mengapa mereka harus mbangkang jika hinata bahagia.....kehadiran dia meyedarkan hinata agar hinata menyayangi diri hinata dan dia tidak pernah mhukum hinata atas kesalahan hinatan malah menerima hinata seadanya. hinata harap dia bahagia dengan hinata.........-NA

Thursday, August 27, 2009

dirimu......

hinata menyintaimu namun hinata harus sedar bahawa siapa hinata...hinata bukanlah insan dirimu kenali dulu....namun apa yang hinata pasti hinata amat menyintaimu sepenuh hati hinata.....cinta hinata tidak pernah berubah sejak dlu hingga sekarang namun kerana kesilapan itu hinata tidak mampu untuk mengbahagiakan dirimu lagi........apa yang hinata inginkan ialah dirimu bahagia tidak kira dirimu berada........kenangan silam sewaktu kita masih kanak-kanak akan terus segar dalam ingatan hinata.......sayang hinata pada dirimu tidak pernah berubah...biarpun hinata disisi insan lain namun hati hinata tetap padamu kerana hinata tidak mampu untuk menipu diri hinata...hinata sudah cukup bahagia bila hinata dapat dengar suaramu.......maafkan hinata kerana tidak mmpu untuk mempertahankan janji yang pernah hinata buat dulu.......hinata amat menyesal kerana hanyut dengan apa yang ada dihadapan hinata,hinata alpa dengan dunia luar.......untuk menyesal tiada guna lagi kerana semua telah berlaku......biarkan saja hinata dengan dunia hinata.........hinata harap dirimu akan menemui insan yang jauh lebih baik dari hinata, insan yang pandai menjaga maruah dirinya........doakan hinata menemui insan yang baik seperti dirimu yang dapat menerima diri hinata seadanya.........

Tuesday, August 25, 2009

jauh.......


apabila kita mencintai seseorang kita tidak perlu risau jika dia berjauhan dengan kita kerana kita tahu biar pun si dia jauh dari mata kita namun dia tetap berada dekat di hati kita........ada kalanya berjauhan lebih baik kerana bila kita berjauhan kita akan tahu betapa pentingnya si dia pada kita, bila dia tiada disisi baru kita sedar bahawa kita benar2 menyintai dia dan kita akan akan mula menghargai apa yang si dia lakukan pada kita.......jika benar cinta itu milik kita maka dia akan terus menyayangi kita dan setia pada kita biarpun berjauhan, disaat itulah kita boleh mlihat betapa pentingnya kita dalam hidup si dia...adakah dia akan terus setia dan menanti kita.? cubalah untuk berjauhan dengan insan yang kita cinta.......bukan untuk memutuskan hubungan tapi membuktikan cinta si dia pada kita malah kita juga akan tahu betapa penting si dia pada kita dan betapa kita menyintainya........so berjauhan bukanlah satu alasan untuk memutuskan sesuatu hubungan namun ia adalah titik permula untuk melihat betapa kukuhnya percintaan yang terjalin........

Saturday, August 22, 2009

keindahan cinta........


keindahan cinta ialah apabila kita telah bersatu dengan pasangan hidup kita.....setiap manusia mendambarkan pasangan yang mereka boleh berkongsi apa yang mereka rasa,alami dan yang paling penting dalam sesebuah ikatan ialh keercayaan. kepercayaan merupakan teras sesebuah ikatan dismping itu ia harus disulam dengan keimanan dan ketakwaan agar sesebuah ikatan itu kekal dan bahagia.......sedikit petelagahan dalam ikatan suci emanag lumrah kehidupan namun ia haruslah diselesaikan dengan bijaksana agar bahtera yang dilayarkan itu selamat hingga hujung nyawa.....
setiap insan pasti akan keliru pabila sampai waktu untuk mereka membuat keputusan untuk hidup mereka kerana menjalinkan hubungan bukanlah setakat untuk hidup bersama selama beberapa hari tp ia adalah untuk seumur hidup kita....kita mudah keliru dengan perasaan kita kerana kita tidak pasti apa yang kita mahukan dalam hidup kita,dan masa itulah kita akan terpanggil untuk mengadapNya yang Maha Mengetahui Yang Nyta dan Yang Tersembunyi kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk umatNya.......
bagi insan yang telah menemui cinta sejati mereka maka jagalah ikatan itu seperti menjaga nyawa sendiri kerana kebahagia akan dicapai sekiranya kita berusaha untuk memilikinya....
setiap manusia telah ditentukan jodoh masing2,dan pernah seorang insan mmberitahu hinata bahawa cinta akan bersatu semula biarpun ia terpisah beribu tahun kerana jodoh kita telah ditetapkn olehNya dan itu adalah yang terbaik untuk kita, mungkin kita akan terasa pedih mencari cinta tapi kemanisan yang akan kita rasa selepas itu adalah kemanisan yang terlalu indah dan tidak dapat diungkap oleh kata2..........dan sekiranya cinta yang kita miliki sekarang bukan milik kita maka ia tetap akan pergi dari kita..........

Friday, August 21, 2009

esok puasa...........


malam ni umat islam mula mengerjakan ibadah tawarih........hehehehehe........tarawih la.......maknaye esok dah puasa, seronok pula bila nk puasa ni...tp bila nk raya lgi seronok dan yg paling seronok nye kanak2 sebb dapat duit raye......
bulan puasa ni hinata berharap agar hinata dapat mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna....sbb yang paling mencabar bulan puasa ialah mengawal nafsu sbb setiap insan akan tertewas dengan nafsu sekiranya iman tidak kukuh macam hinata ni walaupun syaitan dan iblis dah kene ikat....hehehehehe.......kali ni, dah dua kali hinata tidak dapat bersahur dan berbukak bersama keluarga hinata.......terasa rindu pada mek dan abah serta adik2.........teringat kenangan lalu tp hinata kene kuat sbb hinata bukan saja2 nk pergi jauh tp hinata nk kejar cita2 hinata dan hinata berdoa agar hinata berjaya agar boleh mmbantu keluarga hinata di kampung........


ESOK PUASA!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, August 20, 2009

ramadhan datang lagi..........

bulan yang mulia datang lagi.....tiap insan pasti berlumba2 untuk mengerjakan ibadah masing2 agar beroleh nikmat yang kekal disana nnti.
bulan mulia ini amat byk dugaannya dan dugaan yang paling besar ialah menahan nafsu agar tidak terjerumus ke dalam lubuk kemusnahan diri insan tersebut..........hinata berharap semua umat islam akn bersabar dan menikmati keindahan bulan yang mulia ini dengan ksabaran dan ketakwaan. penuhi bulan mulia ini dengan ibadah kerana kita hanya akn menikmatinya stahun sekali sahaja dan belum tentu lagi kita akan menikmati nya di tahun hadapan............(time untuk insaf dan kumpul blik pahala untuk bayar hutang dosa yang dilakukan..........)



pesanan : hinata doakan kawan2 hinata akan menikmati bulan yang mulia ini dengan sabar dan penuhinya dengan ibadah.........dan hinata juga bharap harapan tuah pada bulan mulia ini akan tercapai.........insyaallah........
dan pada insan yang jauh, hinata doakan agar dapat menjalani tugasan dengan sabar dan semoga beroleh kejayaan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.........jika ada jodoh, kita akan bertemu kembali walaupun sbagai sahabat.......

Sunday, August 16, 2009

rahsia..........


semua insan mpunyai rahsia masing2....
terpulang ia adalah myakitkan atau menggembirakan........hanya insan tsebut saja yg merasainya....
ada kalanya kita mrahsiakan ssuatu kerna kita tidak mahu menerima sbarang hinaan lg kerna diri kita sdar akan ksilapan yg dilakukan.........kerna tidak semua yg bleh mmaafi ksilapan kita........lebih malang lagi jika diri kita terus dhina.......cukuplah diri kita tseksa dtambah lgi kata2 bbisa.........jika itu brlaku pd hinata, maka hinata tdk mmpu lg bdiri teguh speti skrg........cukuplah hinata hina dsisiNya........kerna ksilapan hinata........tiap kali hinata tringat akan peristiwa itu, hinata berasa sangat menyesal kerna mlakukan ksilapan itu........hinata malu ngan diri sndiri, orng skliling, yang lbh myakitkan lg hinata tidak mmpu untuk bdepan dengan kdua ibu bapa hinata skiranya mereka tau akan kbenaran hinata..........

Friday, August 14, 2009

kemaafan..........


orang cakap kalu nk seribu dayanya, xmahu seribu dalihnya..........
akhirnya aku ada kekuatan untuk mmaafkan dia......sorang insan yang amat aku rindu,....aku amat bterima kasih pada sorang insan yang istimewa dalam hidup aku kerana dialah, aku mampu untuk mmaafkan dan meneruskan hidup aku yang kesorangan di utm ni........
katanya, kita tidak bhak untuk mbenci ssorang krana maybe ada kalanya punca ksalahan itu adalah daripada kita sendiri.........pe yang penting kita sntiasa mbaiki cara kita untuk jd lebih baik..........
petang itu, aku tidak tahu dari mana datangnya kkuatan aku untuk mgajar insan tsebut kuar minum, niat aku cuma satu iaitu mjalinkan kmbali hubungan psahabatan yang telah aku musnahkan.......alhamdulillah dia masih sudi mnerima sbagai sahabatnya kmbali walaupun aku telah lukakan hatinya..........skarang aku rasa tenang krana aku tidak perlu lagi untuk mbenci.......sememangnya mbenci itu memenatkan...........namun aku masih tidak mampu untuk mdekati dua insan yang amat aku rindu.......mungkin aku butu waktu untuk aku dan juga dorang...........yang sntiasa kau doakan adalah agar dorang sntiasa bahagia.........


harap tuah mjaga dorang dengan baik........krana hinata tidak mmpu untuk mndekati dorang.....

Tuesday, August 11, 2009

xda kelas.......

dh lama aku tak bkak blog...
ari ni aku ada masa sbb klas aku dbatalkan,biasa la psyarah aku sntiasa sibuk so aku xleh wt pe2..
aku kat library dengan teman baru aku yg sntiasa menemani aku.......
nasib baik dengan khadiran dia hidup aku kat utm ni xlg sunyi walaupun kadang kala aku ni bnyak karenah tp dia sabar mlayan karenah aku........
aku bharap hubungan kami akan berpanjangan.......dia seorang taman yang baik,aku suka berdamping dengannya........
nasib baik jg dia pun xda klas ari ni.......
nota untuk kuliah ari ni telah abis aku bc nmun yg masuknya sikit shj.....biasa lah......aku ni bukan robot nk ingat semua dan bila dh nk exam mula la kalut tp sem ni aku agak rajin untuk mbukak nota sbb aku tidak lagi sperti dulu(perasan........!!!!!!!).kalu dulu ada saja DIA mengingati aku......so skarang kene lak berdiri ats kaki sndiri.......

Sunday, August 2, 2009

morning.........



morning!!!!!!!!!!!
pagi yang indah dengan perasaan yang mmbosankan.......
hurmmmmmm.......namun aku mpunyai hari yang indah smlm.......
setiap orang ada hak untuk mmcari kbahagian masing2....tidak ssiapa yang harus mnyepikan diri mereka kerana jika tidak tiada siapa yang sedar akan hadir mereka, seperti diri aku namun aku bahagia dengan cara aku ini.....kerana ada kalanya akan ada yang hadirnya kita.........so enjoy your life!!!!!!!!!!!

Thursday, July 30, 2009

cutenye...........

cutenye..........
happy tgk gambar kucing ni......teringat akan kenangan lalu..........
hidup ini mesti berteman dan bkawan namun mengapa kita sukar untuk mencari sahabat......
tak semua bernasib baik untuk memiliki sahabat sejati kerana mungkin haluan masing2 berbeza dan ada kalanya citarasa yang sama juga menyebabkan ikatan yang terjalin itu terputus......
mungkin siapa2 pun tidak mahu untuk bersendiri namun itulah yang aku alami sekarang........tapi xsesekali aku myesalinya kerana aku sudah bersedia untuk menerima semua ini sjak awal aku membuat keputusan ini......aku tahu pengorbanan aku ini mungkin sia2 namun aku bahagia bila dia sudah mula untuk mandekati insan lain,walaupun hanya sebagai kawan namun aku berharap dia menemui insan yang betul2 mcintainya.........aku berharap dia akan melupakan aku namun aku juga berharap aku akan menjadi sahabatnya lagi........kerana aku akui yang aku rindu akan persahabatan aku ngan dia yang dulu.........

Wednesday, July 29, 2009

aiskrim........

ptg td aku g karnival karisma yg kolej aku anjurkan..........sedang asyik aku makan aiskrim aku ternampak seseorang yg aku benci....
nape la dia muncul time 2.........
nk je aku lari dari situ.........dari matanya aku xnmpak lagsung ase bersalah dia kat aku......emang aku yg bersalah namun pbuatan dia kat aku, aku ingat smpai bila2........
namun jauh dalam sanubari aku........aku rindu akan dirinya........
dia yang pnah mnjadi sebahagian hidup aku dulu........
aku mgaku yg aku rinduinya nmun aku masih xmampu untuk mmaafkan dirinya......
walaupun aku rindu akn kenangan dlu........
aku bharap sangat satu hari nnti aku dpt maafkan dia..........
aku doakan dia bahagia ngan insan yg lebih ssuai denganya.........
skrng pun aku tgk dia dh happy n aku harap dia leh lupakan aku..........

Monday, July 27, 2009

pengorbanan pertama.......

Keikhlasan juga yang membezakan kemuliaan niat Qabil dan Habil, kedua putera Nabi Adam, ketika diminta mempersembahkan sembahan hasil kerja mereka demi mendapatkan Iqlima yang jelita. Pada zaman awal manusia turun ke bumi, Adam dan Hawa beranak pinak dan melahirkan 20 pasang anak. Setiap pasang ada lelaki dan perempuan. Untuk mengembangkan keturunan di bumi yang masih muda, diatur sistem perkawinan silang. Qabil yang terlahir bersama Iqlima harus menikahi Labudda yang terlahir bersama Habil. Namun Qabil menolak konvensi tersebut. Ia ngotot menikahi saudara satu sel telurnya, Iqlima, karena kecantikan paras Iqlima. Maka diilhamkan kepada Adam untuk mengatur proses penyelesaian perkara. Kedua pihak yang bersengketa, Qabil dan Habil, diminta mempersembahkan sesembahan hasil kerja mereka kepada Tuhan. Pada saat yang ditetapkan, datanglah keduanya mempersembahkan “qurban” masing-masing. Di sinilah faktor keikhlasan berperang. Habil yang bekerja beternak haiwan mempersembahkan hewan yang gemuk dan segar. Sementara Qabil yang bergerak di sektor pertanian mempersembahkan buah-buahan yang busuk dan jelek mutunya. Berlakulah hukum besi kehidupan, the best takes all. Qabil yang tamak lagi kikir tak terima. Ia pun membunuh Habil dengan menghantamnya dengan sebuah batu besar. Ia pun menguburkan jasad saudaranya itu sesuai dengan apa yang dicontohkan burung gagak yang dilihatnya sedang menggali tanah dengan kaki mungilnya.

hubungan........

menjalinkan hubungan seperti menggenggam pasir...semakin kuat kita genggam smakin banyak yg akan jatuh........dam sekiranya cinta itu milik kita,seribu tahun pun berpisah ia tetap akn kembali pd kita juga..........
eeeemmmmmmmmmm.......betul ke semua itu? bg aku, ia btl sbb semua itu adalah jodoh.....knapa kita harus mmaksa sedangkan kita tahu semakin kita mmaksa mmakin ia mjauhi kita. seeloknya kita mberi peluang untuk mmilih krn stiap insan mpunyai hak untuk mmilih....
dalam hubungan, pengorbanan merupakan sesuatu yg amat sukar untuk dilakkukan........namun apa yang paling sukar adalah melupakan kenangan yang telah dibina bersama.......sejauh mana pun kita lari darinya semakin dekat kita dengan kenangan itu........semakin lama ia semakin mnekan sanubari kita dan akhirnya kita akan sukar untuk bernafas sampailah satu saat kita berani untuk menghadapinya........namun bilakah aku akan mempunyai keranian itu.........keegoan aku menghalang aku untuk menghadapinya.........

kenangan......

ada kalanya kita akn menangis bila mengenangkan kenangan lalu........
namun aku ase gembira bila mengenangkan kenangan lalu........sbb kenangan itu sukar untuk aku lupakan. salah satu cara untuk tidak ase kesorangan ialah aku sentiasa mengenangnya walaupun ada kalanya kenangan itu amat myakitkan...mungkin ia pelik tp itulah cara aku hidup skarang krn aku tidak mmpu untuk berdepan dengan kenyataan......aku tidak kisah pe pun pandangan orang lain sbb cara ini saja aku mampu lakukan buat masa ini............

Sunday, July 26, 2009

rindu.......

ntah la aku tidak tahu bagaimana untuk myatakan perasaan aku ni.......aku keliru dengan perasaan aku........aku benci tapi aku juga merindui.........setiap perbuatannya masih segar dalam ingatan hingga tidak mampu untuk aku mmaafkanya. namun aku juga merindui setiap detik bersamanya......mungkin ini adalah harga sebuah pengorbanan. aku bahagia melihat dia bahagia kini bersama insan yang betul2 menyintainya walaupun ada kalanya aku juga merinduinya.......aku cuba mlupakannya namun semakin aku mencuba makin aku rindu padanya.........aku rindu pada persahabatn yang telah lama putus atas kesalahan aku sendiri.........