Saturday, October 17, 2009

beza cinta, sayang, suka dan minat...

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
 Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

p/s : hinata arap hinata dapat jawab soalan yang diajukan oleh tuah........

Monday, October 12, 2009

Cinta Abadi

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta... Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri
mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu . Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta ! Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari
mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

p/s : hinata dapat semua ni kat internet........menarik sbb 2 hinata postkn kat blog hinata.........

Thursday, October 8, 2009

istilah cinta......

p/s : sebelum hinata menerbitkan artikal yang hinata baca ni, hinata nak bagitahu yang bukan niat hinata nak sakitkan hati sesiapa. ni just untuk peringatan pada sesiapa yang baca blog hinata. hinata juga tidak sempurna namun tiap manusia diberi peluang untuk berubah dan hinata berusaha untuk ke arah itu.........ia juga pengajaran pada hinata.....

istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan. Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan. Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat. Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya? Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi di alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua. Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya, menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’. Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau’. Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam. Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya. Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta. Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura- puraan sahaja. Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah. Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan. Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah. Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan. Kerana  inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat. Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan.

Wednesday, October 7, 2009

jodoh??????

kebelakangan ini  hinata rasa sangat penat, dengan asggment yang berlambak dan projek yang tertimbul ditambah pula dengan masalah peribadi hinata......hinata bukan ingin lari dari masalah namun hinata ingin melupakan semua itu sebentar dan tumpukan pada pelajaran hinata. hinata ingin sekali dia mengerti....hinata bukan mengabaikan dirinya tapi biarlah hinata dahulukan apa yang lebih penting dahulu sebab jika ada jodoh antara kita maka ia tidak akan kemana. hinata tidak mahu memilih buat maa ini, biarlah masa yang tentukan semuanya. hinata tidak mahu dia terus manyeksa dirinya kerana hinata kerana ada insan lain yang lebih layak untuk dirinya. hinata ingin bersendirian buat masa ini. hinata tahu tindakan hinata ni kejam namkun hinata tidak mahu terus menipu hati hinata kerana hinata tidak mampu untuk membuat keputusan dan hinata tidak mahu membuat keputusan yang menyebabkan hinata dan dia juga terluka. biarlah hinata membuat keputusan bila hinata sudah bersedia dan hinata tahu mungkin saat itu ia sudah terlambat namun sekurang-kurangnya hinata tidak lagi membuat keputusan yang terburu-buru nyang akan menyebabkan hinata menyesal. mungkin dulu hinata suka membuat keputusan tanpa memikirkan akibatnya tapi buat kali pertama biarlah hinta mengambil sedikit masa untuk berfikir. tindakan hinata dulu telah melukakan ramai insan yang tulus menyayangi hinata dan hinata tidak mahu lagi menlukakan insan yang menyayangi hinata sekarang. hinata amat berterima kasih pada dia keranan selama ni dia hadir dalam hidup hinata di saat hinata memerlukan seseorang yang boleh membimbing hinata dan melepaskan hinata dari kenangan yang amat pahit dalam hidup hinata. bantuan dia akan hinata ingat sampai bila-bila, dan sekiranya dia tiada pada masa itu mungkin hinata masih lagi hanyut....kasih sayang dan perhatian yang telah dia curahkan pada hinata amat hinata syukuri dan hinata amat menghargainya tapi hinata harap dia faham situasi hinata. bukan hinata tidak mahu memilih dia tapi hinata perlukan masa dan tiada gunanya sekiranya hinata memilih dia sekarang tapi dikemudian hari hinata akan kecewakan dirinya. hinta ingin menyintainya kerana ALLAH swt, hinata ingin menyayanginya kerana ALLAH swt, hinata ingin menerima dia seadanya kerana ALLAH swt.........dan bukan kerana nafsu dan akal fikiran semata-mata..........mungkin orang sekeliling akan cakap hinata tidak mengenang budi kerana membiarkan dia begitu sahaja tapi ini adalah keputusan hinata dan hinata tahu akan akibatnya........mungkin dia takut sekiranya hinata akan dikecewakan oleh seseorang tapi dia tidak perlu bimbang kerana hinata sudah pun bersedia menerima akibat dari semua itu....

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Thursday, October 1, 2009

hari-hari yang sibuk........

hari-hari yang sibuk sudah pun mengetuk hidup hinata sebagai seorang student namun hinata masih lagi sempat untuk meluangkan masa dengan blog ni.........bukan apa sekadar untuk meluah rasa hati dan merilekskan otak mmikirkan keje yang belum lagi siap dan semakin rumit. itulah lumrah seorang student perancang bandar.... buat masa ni hinata terpaksa ketepikan masalah peribadi hinata walaupun hinata tahu masalah tu akan bertambah rumit namun tanggungjawab sebagai student harus di utamakan....kadang kala hinata rasa macam ingin lari dari semua ni..dan pergi ke tempat yang tenang buat hinata...namun hinata harus kuat demi insan yang hinata sayang iaitu mek,abah dan insan yang amat hinata sayang......walaupun dia jauh dan antara kami tiada lagi ikatan namun hinata sentiasa manyayangi dia.... hinata mendoakan dia sentiasa bahagia dan sabar menjalankan tugasnya sebagai wira negara........hidup hinata sentiasa diburu rasa bersalah kerana telah mengecewakan dirinya...walaupun dia telah memaafkan hinata namun rasa bersalah tu masih ada dalam diri hinata.......dia begitu menyintai hinata namun hinata telah mengecewakan dia dan bukan sahaja dia malah kedua ibu bapanya........hinata begitu bodoh kerana telah melakukan kesilapan itu dan sekarang hinata terpaksa menerima balasan bagi setiap yang kesalahan yang telah hinata lakukan..........pertemuan dengannya baru-baru ni amat indah kerana dia sanggup pulang untuk menenui hinata walaupun dia jauh diperantauan......namun disebalik kegembiraan hinata ada insan lain yang kecewa dengan pertemuan hinata itu, hinata tahu dia juga cemburu namun hinata berharap dia memahaminya.........hinata tahu keduanya amat menyayangi hinata namun hinata rasa lebih elok hinata bersendirian buat seketika dan manjalankan tanggungjawab hianta sebagai student di sini.........ada kalanya hinata merasakan hinata tidak pantas untuk memiliki cinta kedua2nya..........kerana hinata sedar siapa diri hinata malah hinata tidak pasti adakah ALLAH swt akan mengampuni kasilapan hinata.hinata ingin sekali mendekatkan diri kepadaNya.......mungkin dulu hinata tidak mampu namun sekarang hinata rasa hinata sudah bersedia untuk berubah namun ia mungkin akan mengambil masa yang lama namun hinata harus sabar untuk semua itu dan mungkin ia banyak dugaan yang akan hinata terima selepas ini.........