Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi        turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya        asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di        sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke        paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di        sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit        di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran        pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan        bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi        udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan        pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus,        perut dan pankreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah        dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat        ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga        merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.
Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki,        jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki,        serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari        badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi        keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah        pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. 
nak kenakan aku balik ek......
ReplyDelete