Sunday, December 5, 2010

sepandai-pandai tupai tu melompat akhirnya jatuh jugak!

sepandai-pandai tupai tu melompat, akhirnya akan jatuh jugak...rasanya semua orang tahu akan maksud pepatah itu,bukan...? begitu jugalah apa yang berlaku dalam kisah hinata, tapi bukan hinata la tapi ada seorang hamba ALLAH s.w.t ni....telah lama dia tipu hinata, entah bila dia akan berkata benar. semalam hinata mendapat satu panggilan telefon menyatakan penipuan dia selama ini. hinata tidak tahu adakah hinata harus memaafkan dia atau tidak...hinata tidak sangka segala sangkaan hinata selamanya ini benar belaka...hinata tidak boleh menghukum kerna hinata juga bukan insan yang sempurna namun apa motif dia menipu hinata...untuk meraih simpati? untuk menakutkan hinata atau ia adalah suatu helah untuk memerangkap hinata yang naif ini....? entahlah....hinata ingin melupakan semua itu dan mengambilnya sebagai pengajaran dan lebih berhati-hati di kemudian hari...yang lepas tu biarkan lepas, hinata hanya berserah kepada ALLAH s.w.t....yang menjadi persoalan dan yang penting sekarang ni masa kini dan masa depan hinata...

Monday, November 29, 2010

cuti ini...

salam kepada semua...

rasanya semua kengkawan sedang seronok bercuti sekrang ni...menghabiskan masa dengan keluarga tercinta. ia amat berlainan dengan hinata yang masih lagi d perantauan, bukan tidak mahu pulang kesisi keluarga namun ada urusan yang perlu hinata langsaikan di perantauan...alhamdulillah, raya haji yang baru sahaja berlalu, hinata ada pulang ke kampung... insan yang tercinta hinata sakit tapi alhamdulillah dia telah sihat kembali sebab itu hinata pulang ke johor. hinata sentiasa mendoakan ibunda kesayangan sentiasa sihat...walaupun ada kalanya kerisauan masih lagi menghantaui, takut peristiwa lama berulang...

hinata tidak sabar untuk menghabiskan kerja-kerja yang banyak di opis ini, tidak sabar rasanya untuk menyambung perjuangan di sisi rakan-rakan seperjuangan...tidak sabar rasanya untuk bertemu rakan-rakan...hinata kurang berhubung dengan rakan-rakan cuti ini kerana kesibukan kerja yang terpaksa hinata siapkan sebelum akhir tahun ini...biarpun ia hanya untuk sementara namun banyak perkara yang hinata timba...demi pengalaman yang baru untuk menjadi insan yang telah baik dari sebelumnya...hinata akan terus berusaha untuk ke arah itu...

adakalanya terasa sunyi tanpa kehadiran rakan-rakan, teringat segala memori yang dicipta bersama...ia membuatkan hinata tidak sabar untuk menyambung perjuangan. biarpun banyak halangan dan dugaan yang akan terpaksa ditempuhi nanti tapi itu tidak melemahkan semangat hinata untuk terus bangkit dan kembali menjadi lebih baik dari sebelumnya...tangis dan tawa sudah menjadi asam garam seorang pelajar seperti hinata, kesilapan demi kesilapan dilakukan namun itu tidak bermakna hinata harus lemah semangat...

biarpun ada kalanya sakit datang bertandang melemahkan kekuatan yang ada tapi ia bukan alasan untuk hinata berundur...alhamdulillah..kehadiran insan-insan yang tersayang membuatkan hinata tidak alpa,...ada juga yang sudi mengingatkan hinata setiap hari untuk makan ubat kerana adakalanya hinata mudah lupa untuk mengambilnya...bukan sengaja lupa tapi bila setiap hari hinata terpaksa menelan biji-biji yang pahit tu menyebabkan hinata muak...tapi teringat keikhlasan insan itu, hinata kembali sedar bahawa ia unruk kebaikan hinata juga...

walaupun sekarang insan itu tiada disisi, namun dia sering menghantar pesanan ringkas (sms) untuk mengingatkan hinata dan adakalanya dia akan menelefon untuk memastikan hinata mengikut jadual untuk mengambil ubat...hinata bersyukur sangat kerana dapat mengenali insan sepertinya yang sudi menjadi sahabat yang sejati...

Tuesday, November 2, 2010

jaganya dengan elok...

salam...rasanya sudah lama hinata tidak aktif dalam blog...bukan tidak mahu tapi hinata banyak menghabiskan masa menulis blog dalam blog peribadi hinata...sekarang ni study week, harap semua kekawan dapat tumpukan pada study masing-masing, next week kita dah nak exam kn....

tengok pada tajuk kali ini macam biasa je kn...memangla sebab hinata ni biasa-biasa je orang ye...setiap orang ada sesuatu yang diorang sayang, kn? tapi persoalannya sekarang, sanggup kah kita melepaskan sesuatu yang kita sayang? jujur hinata katakan yang hinata sanggup melepaskan sesuatu yang hinata sayang demi melihat ia bahagia...tapi hinata harap seseorang yang bakal menerima apa yang hinata lepaskan akan menghargainya dan menyayanginya lebih dari hinata menyayanginya...

mungkin apa yang kita lepaskan itu bukan milik kita maka wajarlah kita melepaskannya...bukan senang tau melepaskan sesuatu yang kita sayang kepada orang lain...so, tolong jaganya dengan elok,k??? happy kn ia selalu, terima seadanya...itu sahaja permintaan hinata....

Thursday, September 30, 2010

bee n 3 jejaka...

meeting ari ni best sangat coz sume xnmpak streessss...hinata pun hapi sbb dr.nizam n en.rahim best n baik ari ni....hinata hapi sgt akhir2 ni...walaupun byk kerja tp tu sume wt hinata hapi sbb hinata ada kawan baru y comel, hensem n baik. dorang suka wt hinata tgelak....3 jejaka dari diploma...y masa lapang dan xlapang dorang kerjanya menyakat je....but they're nice n sweet....y sakit pun jadi xsakit kalu ngn dorang....hinata suka bkawan ngn dorang. some time, kite xkn tau pjalanan yang kite trokai itu sangat menarik kalu kite xcube trokai....just like hinata. ada y ckp hinata ni bising tapi hinata xkisah sbb hinata hapi ngn diri hinata, hinata dpt gmbirakn dorang....silla ckp hinata bising macam bee...hehehe...hinata xkisah....as long as dorang hapi ngn hinata....

Thursday, July 29, 2010

tak da mood...

entah mengapa...hari semakin hari hinata semakin tidak bersemangat menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh pensyarah... rasa seperti seoerang hilang semangat...entah la....hinata tidak pasti apa yang membuatkan semangat hinata hilang...semesta ini tidak lagi seperti semesta yang lepas-lepas....seharusnya hinata harus lebih bersemangat mengharungi detik-detik sebagai seorang pelajar....namun masa berlalu tanpa hinata sedari...hinata harus lebih semangat...hinata harap, esok hinata akan lebih bersemangat...insyaallah...cayok2!!!

Wednesday, July 21, 2010

impian...

setiap insan mempunyai impian mereka....setiap yang diimpikan tidak semua akan dapat dicapai namun sekiranya kita berdoa untuk mencapai impian kita, insyaallah, Allah s.w.t akan mengabulkan impian itu...

seperti insan lain, hinata juga mempunyai impian,..hinata ingin pergi jauh, dimana tiada siapa yang mengenali hinata....udara yang nyaman dan segar...kedengaran bunyi ombak yang memukul pantai....laut kebiruan terbentang luas....suatu tempat yang tiada sebarang pencemaran, tiada bunyi bising kenderaan yang lalu lalang hanya tiupan angin dan desiran ombak yang menjadi muzik di telinga.....

kemaafan

setiap insan tidak lari dari membuat kesilapan dan setiap insan juga tidak lari dari meminta kemaafan. setiap insan layak untuk memaafkan dan dimaafi. hanya yang membezakan adalah sebesar mana kesilapan yang dilakukan dan sejauh mana insan itu akan dimaafkan. ada juga insan yang tidak mahu memaafkan kerana rasa sakit yang dirasai insan tersebut.....jika kita hayati sebetul-betulnya nilai kemaafan itu, kita akan dapat merasai satu perasaan yang sukar digambarkan kerana bagi hinata perasaan dimaafkan itu sesuatu yang berharga dan murni. lantaran itu, kita sebagai manusia haruslah saling bermaaf-maafan namun begitu ada juga segelintir insan yang tidak ikhlas memberi kemaafan, hanya dibibir meluahkan kata-kata maaf namun dihati penuh dengan dendam...cara memberi kemaafan juga berlainan, ada yang memaafkan tanpa meminta balasan, ada yang bersyarat dan ada juga dengan mamberi sedikit pengajaran akan menyedarkan kita. bagi hinata, kemaafan yang diberikan dengan sedikit pengajaran adalah lebih baik kerana kita akan sentiasa berwaspada pada kemudian hari kerana ada kalanya kita tidak sedar akan kesilapan yang akan kita lakukan nanti...dan hinata amat berterima kasih pada seseorang kerana menyedarkan hinata agar hinata tidak sesekali alpa, walaupun caranya agar kasar namun hinata bersyukur kerana mengenali insan tersebut....bersyukur kepada ALLAH S.W.T sangat-sangat......

Tuesday, July 20, 2010

demam time!!!!!!!

dah beberapa hari dh hinata demam...ari isnin lepas hinata buat gempak kat studio....sampai2 kat studio, hinata sakit dada dan jatuh.....nasib ada kawan2, tolong angkat hinata dari tingkat 3 ke bawah dan bawak hinata ke klinik UTM....dah la demam, sakit dada lagi....hmmmm, tak pasal2 menyusahkan orang. tapi alhamdulillah hinata dah ok! dah leh gurau n lompat2... thank kat semua kawan2 yang bantu hinata time hinata sakit....namun sekarang hinata macam tak ada selera makan...bile makan mesti macam nk muntah semua makanan yang dah hinata telan....member2 semua cakap yang hinata dah kurus sangat2 tapi entah lah...hinata tak ada selera, selera hinata mati....malam pun makan burger, nk makan mee ke apa ke mesti tak abis last2 buang gak....dulu ada la juga orang yang tolong habiskan tapi sekarang dah tak ada....nak cakap rindu kat umah, hinata masa kat umah lagi tak ada selera makan....makan pun kena paksa kat umah....tak tahu kenapa, malah makanan kesukaan hinata pun hinata dah kurang....hari tu beli tauhu bukan main la banyak tapi last2 bagi kat budak2 studio gak.....hmmmm.....asal ni...asal ngan hinata ni.....

Tuesday, July 13, 2010

musim study datang lagi....

musim study dtg lagi dgn assgmnt, projek2 studio n kelas ya perlu dhadiri....hinata harap hinata dpt lakukn yg lebih baik dri sem2 y lpas. harap masalah2 sem2 lps tdk akn brulang lg untuk sem ni dn sem sterusnya sbb hinata dh pnat nk fikir. SELAMAT STUDY SEMUA!

Friday, July 9, 2010

sampai utm and sad day

hehehehehehe.....hinata dah dekat utm! rindu sangat2 ngn utm......rindu kat mmber2! agak2 pe yang menanti hinata semesta ni....harap semuanya yang terbaik....result hinata tak tgk lagi.....tapi kan, time sampai tadi.....ada peristiwa sedih berlaku, huhuhuhhu.....duit hinata hilang! entah la hilang kt mane, atas bas kot? mintak2 PTPTN masuk cepat2 sbb hinata pokai skrg ni!! hhuhuhuhuhuh...pgajaran yang dapat....lain kali hati2!

Sunday, June 27, 2010

last day!

huuhuhuhuhu....ni ari last hinata kt JPBD kt kelantan.............! nk ckp sedih....pun ada, nk ckp suka pun ada....hehehehehehehe....semua bercampur aduk! tapi satu je hinata pasti, hinata xsabar nk blik UTM sbb hinata dh rindu sgt kt mmber2.....nnti blik UTM...kene study lak.....huhuhuhuhu...JOM BALIK UTM!

Tuesday, June 15, 2010

dh nk abis dh....

pejam celek, pejam celek dan nk abis dh li. ase mcm dh xsabar2 nk balik utm. hinata rindu ket mmber2 trutamanya shahrina (bakal roomate ku) dan tuah pengembara....mcm mane la sesi pengajian hinata sem depan. sem depan hinata n mmber2 dah jadi senior thun 3, lagi 2 tahun dh nk grad. hmmm.........rindu kt kawan2 n psyrah nnti... hinata xtgk lg result sbb pihak bendahari ckp ada hutang sedangkn hinata dh jelaskan sebelum cuti ari tu. hmmmm....tgk la nnti, hinata nk mengamuk ke tenang sbb ari time call pihak bendahari, bukan main kasar lg yang smbut panggilan tu, xtau budi bahasa lagsung...mcm mane utm leh ambik pekerja yg xtau budi bahasa....kn budi bahasa tu amalan kite.............kalu ada borang aduan kt pejabat bendahari, hinata nk komen byk2...sbb xda budi bahasa....teruk,kn?

Wednesday, May 12, 2010

jatuh motor!!!!!!!!!

dah nak masuk 2 minggu hinata LI kt JPBD Kelantan ni....pergi kerja naik motor, jauh la jugak sebab ambik masa 45 minit, 2 pun hinata bawak laju-laju. tapi semalam time balik kerja, hinata bawak slow je sebab ramai staff kat office ni nasihat hinata supaya bawak motor slow-slow....malang tidak berbau...hinata hampir terlanggar kereta dan jatuh...nasib tidak teruk just luka sikit je...motor pun calar sikit je....bagitau dekat tuah, dia gelak pulak! huhuhhuhuhu.....

Monday, May 3, 2010

LI

hari ni merupakan hari kedua hinata menjalani LI dekat unit kawalan, perancang bandar dan desa, negeri kelantan...alhamdulillah semuanya okey je.....semua friendly dan pengarah punagak ramah jugak. hari pertama hinata semalam, hinata kene siapkan senarai tunggakkan permohonan ubah syarat, pecah sempadan, pecah bahagian dan bangunan daerah tumpat....tapi kesian dekat tuah sebab hinata sepatutnya buat LI sekali dengan dia tapi sekarang dia kene buat sorang-sorang dekat nusajaya.....

Monday, April 12, 2010

gi klinik...

hari ini hinata pergi klinik...hmmmm, apa lagi jumpa doktor la....tengkuk hinata bengkak, hari ni makin teruk....dah dua hari hinata sakit tengkuk, kelmarin ingat dah ok tapi hari ni makin melampau-lampau pula bengkaknya. part yang paling best, hinata kene suntik, tak sukanye tapi terima je la...nasib baik tak sakit sangat. pastu kene makan ubat, tu part yang paling hinata tak suka...tak suka makan ubat!!!!!!!!!!!! huhuuu, tapi kene makan juga sebab hinata kena jaga diri elok-elok sebab hinata kena sayang tubuh hinata lagipun hari rabu dan khamis ni hinata ada lagi paper...hmmmmmmmm..........tapi yang pelik doktor cakap hinata demam tp hinata rasa okay je....pelik la doktor tu...ok la 2, demam plus tengkuk bengkak.!

Saturday, April 3, 2010

Exam datang lagi...

pejam celik-pejam celik dah hujung semesta tahun 2 dah hinata ni....tahun depan dah masuk tahun 3....tak lame lagi tahun 4 and than KERJA....hehehehe tapi hinata nak smbung buat master....insyallah dapat....hari ini hinata dah masuk 22 tahun...makin tua dah hinata! huhuhuhu.....birthday,birthday juga tapi berdebar dengan exam isnin ni....first paper, gis.....huhuhuuhuhuh....insyallah boleh buat....habis paper, hinata nak balik kampung....rindu kat family....apa-apa pun hinata doakan semua member-member hinata dapat jawab exam dengan baik....semoga ALLAH s.w.t mempermudahkan segala urusan kita nanti...amin....

Sunday, February 7, 2010

perjalanan selama 2 hari cuti....

inilah perjalanan kami selama 2 hari cuti....perjalanan anggota workbase kampung tanjung langsat.....PENATNYE.....


Sunday, January 31, 2010

survey...

dah lame rasenye hinata tidak menulis...maklumlah sibuk dengan projek dan juga assigment. hari ni merupakan hari last kitorang buat survey kat kampung tanjung langsat, penat dan juga menyeronokkan. malam ni kitorang meeting untuk kumpul semua data yang telah diperolehi sepenjang survey kami selame 2 hari. alahamdulillah semuanya berjalan dengan elok...














Friday, January 8, 2010

sangka ku....

ku sangka kau fahami isi hatiku...
ku sangka kau memahamiku...
ku sangka kau dapat menerima keputusanku...
ku sangka kau bisa terima diriku...
ku sangka ku mengerti tindanku...

tiap kata dari hatiku
bukan ku cuba untuk melarikan diri
tapi memberi peluang dan ruang untuk kita
menghargai ....
mungkin dengan keputusan ini ..
barulah kita mengetahui jawapan yang tersembuyi dari hati kita yang sentiasa menipu kita...
ku tahu bila kau memberi madu
ku balas dengan racun
tapi diriku ini insan yang biasa
tak pernah lari dari masalah yang sentiasa mengintai peluang
untuk bermaharajalela
aku bersyukur mengenalimu
kerna engkau menjadikan aku kembali dari debu yang gelap menjadi debu yang suci
abu itu telah menjadi manusia yang akhirnya dapat berdiri teguh
menempuh onak dan duri ranjau perjalanan yanag penuh berliku
tidak pernah dalam hatiku untuk menidakkan kasih sayangmu itu
kerna aku sungguh bahgia bersamamu..
mendengar tiap lafaz yang keluar dari bibirmu itu..
tapi ini merupakan satu cubaan yaang harus kita tempuhi agar
cinta yanag di tanam itu subur bagai sekuntum bunga lavender bila
dijaga dengan elok akan berkembang harum ....
dan haruman itu bakal mewarnai hidup kita pada masa akan datang

Pahami lah diriku
kerna diriku sentiasa memahamimu...
anggaplah ia adalah dugaan ...
aku sebagai manusia aku sayang padamu...
namun biarlah hati ini menjadi milikNya ketika ini..
kerna yang lebih berhak...
hadirnya dirimu telah menyelamatkan aku dari kegelapan yang menyelubungi diriku
hadirnya dirimu menyedarkanku akan lenaku yang ngeri...
hadirnya dirimu menjadikan aku insan yang kuat...
namun biarlah kali ini akan berusaha untuk kuat tanpamu disisi...
kerna aku mahu suatu hari nanti aku dapat berdiri megah disisimu...
menjadi wanita yang bisa dirimu banggakan...


Saturday, January 2, 2010

persahabatan...


sahabat? semua insan mempunyai sahabat kan? namun adakah kita menghargainya? bagaimana kita menghargai khadiran mereka dalam hidup kita? adakah dia hadir tika kita amat memerlukannya dan adakah kita hadir tika dia amat memerlukan kita? seorang sahabat yang benar-benar dapat menerima seadanya kita amat sukar sekali untuk kita jumpa... oleh itu, hargailah sahabat kita, tidak kira siapa mereka sekali pun... kita juga manusia yang tidak lari dari mmbuat kesalahan...emang sukar untuk memaafkan so jalan yang terbaik ialah biarkan masa yang tentukan....
ada pendapat? dan sorang sahabat, tegakah kita mengaibkan sahabat kita...tegakah kita memalukan sahabat kita...tegakah kita menfitnah sahabat sendiri...namun percayalah masih ada insan yang berhati busuk seperti itu...