Sunday, December 5, 2010

sepandai-pandai tupai tu melompat akhirnya jatuh jugak!

sepandai-pandai tupai tu melompat, akhirnya akan jatuh jugak...rasanya semua orang tahu akan maksud pepatah itu,bukan...? begitu jugalah apa yang berlaku dalam kisah hinata, tapi bukan hinata la tapi ada seorang hamba ALLAH s.w.t ni....telah lama dia tipu hinata, entah bila dia akan berkata benar. semalam hinata mendapat satu panggilan telefon menyatakan penipuan dia selama ini. hinata tidak tahu adakah hinata harus memaafkan dia atau tidak...hinata tidak sangka segala sangkaan hinata selamanya ini benar belaka...hinata tidak boleh menghukum kerna hinata juga bukan insan yang sempurna namun apa motif dia menipu hinata...untuk meraih simpati? untuk menakutkan hinata atau ia adalah suatu helah untuk memerangkap hinata yang naif ini....? entahlah....hinata ingin melupakan semua itu dan mengambilnya sebagai pengajaran dan lebih berhati-hati di kemudian hari...yang lepas tu biarkan lepas, hinata hanya berserah kepada ALLAH s.w.t....yang menjadi persoalan dan yang penting sekarang ni masa kini dan masa depan hinata...

Monday, November 29, 2010

cuti ini...

salam kepada semua...

rasanya semua kengkawan sedang seronok bercuti sekrang ni...menghabiskan masa dengan keluarga tercinta. ia amat berlainan dengan hinata yang masih lagi d perantauan, bukan tidak mahu pulang kesisi keluarga namun ada urusan yang perlu hinata langsaikan di perantauan...alhamdulillah, raya haji yang baru sahaja berlalu, hinata ada pulang ke kampung... insan yang tercinta hinata sakit tapi alhamdulillah dia telah sihat kembali sebab itu hinata pulang ke johor. hinata sentiasa mendoakan ibunda kesayangan sentiasa sihat...walaupun ada kalanya kerisauan masih lagi menghantaui, takut peristiwa lama berulang...

hinata tidak sabar untuk menghabiskan kerja-kerja yang banyak di opis ini, tidak sabar rasanya untuk menyambung perjuangan di sisi rakan-rakan seperjuangan...tidak sabar rasanya untuk bertemu rakan-rakan...hinata kurang berhubung dengan rakan-rakan cuti ini kerana kesibukan kerja yang terpaksa hinata siapkan sebelum akhir tahun ini...biarpun ia hanya untuk sementara namun banyak perkara yang hinata timba...demi pengalaman yang baru untuk menjadi insan yang telah baik dari sebelumnya...hinata akan terus berusaha untuk ke arah itu...

adakalanya terasa sunyi tanpa kehadiran rakan-rakan, teringat segala memori yang dicipta bersama...ia membuatkan hinata tidak sabar untuk menyambung perjuangan. biarpun banyak halangan dan dugaan yang akan terpaksa ditempuhi nanti tapi itu tidak melemahkan semangat hinata untuk terus bangkit dan kembali menjadi lebih baik dari sebelumnya...tangis dan tawa sudah menjadi asam garam seorang pelajar seperti hinata, kesilapan demi kesilapan dilakukan namun itu tidak bermakna hinata harus lemah semangat...

biarpun ada kalanya sakit datang bertandang melemahkan kekuatan yang ada tapi ia bukan alasan untuk hinata berundur...alhamdulillah..kehadiran insan-insan yang tersayang membuatkan hinata tidak alpa,...ada juga yang sudi mengingatkan hinata setiap hari untuk makan ubat kerana adakalanya hinata mudah lupa untuk mengambilnya...bukan sengaja lupa tapi bila setiap hari hinata terpaksa menelan biji-biji yang pahit tu menyebabkan hinata muak...tapi teringat keikhlasan insan itu, hinata kembali sedar bahawa ia unruk kebaikan hinata juga...

walaupun sekarang insan itu tiada disisi, namun dia sering menghantar pesanan ringkas (sms) untuk mengingatkan hinata dan adakalanya dia akan menelefon untuk memastikan hinata mengikut jadual untuk mengambil ubat...hinata bersyukur sangat kerana dapat mengenali insan sepertinya yang sudi menjadi sahabat yang sejati...

Tuesday, November 2, 2010

jaganya dengan elok...

salam...rasanya sudah lama hinata tidak aktif dalam blog...bukan tidak mahu tapi hinata banyak menghabiskan masa menulis blog dalam blog peribadi hinata...sekarang ni study week, harap semua kekawan dapat tumpukan pada study masing-masing, next week kita dah nak exam kn....

tengok pada tajuk kali ini macam biasa je kn...memangla sebab hinata ni biasa-biasa je orang ye...setiap orang ada sesuatu yang diorang sayang, kn? tapi persoalannya sekarang, sanggup kah kita melepaskan sesuatu yang kita sayang? jujur hinata katakan yang hinata sanggup melepaskan sesuatu yang hinata sayang demi melihat ia bahagia...tapi hinata harap seseorang yang bakal menerima apa yang hinata lepaskan akan menghargainya dan menyayanginya lebih dari hinata menyayanginya...

mungkin apa yang kita lepaskan itu bukan milik kita maka wajarlah kita melepaskannya...bukan senang tau melepaskan sesuatu yang kita sayang kepada orang lain...so, tolong jaganya dengan elok,k??? happy kn ia selalu, terima seadanya...itu sahaja permintaan hinata....

Thursday, September 30, 2010

bee n 3 jejaka...

meeting ari ni best sangat coz sume xnmpak streessss...hinata pun hapi sbb dr.nizam n en.rahim best n baik ari ni....hinata hapi sgt akhir2 ni...walaupun byk kerja tp tu sume wt hinata hapi sbb hinata ada kawan baru y comel, hensem n baik. dorang suka wt hinata tgelak....3 jejaka dari diploma...y masa lapang dan xlapang dorang kerjanya menyakat je....but they're nice n sweet....y sakit pun jadi xsakit kalu ngn dorang....hinata suka bkawan ngn dorang. some time, kite xkn tau pjalanan yang kite trokai itu sangat menarik kalu kite xcube trokai....just like hinata. ada y ckp hinata ni bising tapi hinata xkisah sbb hinata hapi ngn diri hinata, hinata dpt gmbirakn dorang....silla ckp hinata bising macam bee...hehehe...hinata xkisah....as long as dorang hapi ngn hinata....

Thursday, July 29, 2010

tak da mood...

entah mengapa...hari semakin hari hinata semakin tidak bersemangat menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh pensyarah... rasa seperti seoerang hilang semangat...entah la....hinata tidak pasti apa yang membuatkan semangat hinata hilang...semesta ini tidak lagi seperti semesta yang lepas-lepas....seharusnya hinata harus lebih bersemangat mengharungi detik-detik sebagai seorang pelajar....namun masa berlalu tanpa hinata sedari...hinata harus lebih semangat...hinata harap, esok hinata akan lebih bersemangat...insyaallah...cayok2!!!

Wednesday, July 21, 2010

impian...

setiap insan mempunyai impian mereka....setiap yang diimpikan tidak semua akan dapat dicapai namun sekiranya kita berdoa untuk mencapai impian kita, insyaallah, Allah s.w.t akan mengabulkan impian itu...

seperti insan lain, hinata juga mempunyai impian,..hinata ingin pergi jauh, dimana tiada siapa yang mengenali hinata....udara yang nyaman dan segar...kedengaran bunyi ombak yang memukul pantai....laut kebiruan terbentang luas....suatu tempat yang tiada sebarang pencemaran, tiada bunyi bising kenderaan yang lalu lalang hanya tiupan angin dan desiran ombak yang menjadi muzik di telinga.....