Wednesday, July 21, 2010

kemaafan

setiap insan tidak lari dari membuat kesilapan dan setiap insan juga tidak lari dari meminta kemaafan. setiap insan layak untuk memaafkan dan dimaafi. hanya yang membezakan adalah sebesar mana kesilapan yang dilakukan dan sejauh mana insan itu akan dimaafkan. ada juga insan yang tidak mahu memaafkan kerana rasa sakit yang dirasai insan tersebut.....jika kita hayati sebetul-betulnya nilai kemaafan itu, kita akan dapat merasai satu perasaan yang sukar digambarkan kerana bagi hinata perasaan dimaafkan itu sesuatu yang berharga dan murni. lantaran itu, kita sebagai manusia haruslah saling bermaaf-maafan namun begitu ada juga segelintir insan yang tidak ikhlas memberi kemaafan, hanya dibibir meluahkan kata-kata maaf namun dihati penuh dengan dendam...cara memberi kemaafan juga berlainan, ada yang memaafkan tanpa meminta balasan, ada yang bersyarat dan ada juga dengan mamberi sedikit pengajaran akan menyedarkan kita. bagi hinata, kemaafan yang diberikan dengan sedikit pengajaran adalah lebih baik kerana kita akan sentiasa berwaspada pada kemudian hari kerana ada kalanya kita tidak sedar akan kesilapan yang akan kita lakukan nanti...dan hinata amat berterima kasih pada seseorang kerana menyedarkan hinata agar hinata tidak sesekali alpa, walaupun caranya agar kasar namun hinata bersyukur kerana mengenali insan tersebut....bersyukur kepada ALLAH S.W.T sangat-sangat......

No comments:

Post a Comment