Saturday, April 3, 2010

Exam datang lagi...

pejam celik-pejam celik dah hujung semesta tahun 2 dah hinata ni....tahun depan dah masuk tahun 3....tak lame lagi tahun 4 and than KERJA....hehehehe tapi hinata nak smbung buat master....insyallah dapat....hari ini hinata dah masuk 22 tahun...makin tua dah hinata! huhuhuhu.....birthday,birthday juga tapi berdebar dengan exam isnin ni....first paper, gis.....huhuhuuhuhuh....insyallah boleh buat....habis paper, hinata nak balik kampung....rindu kat family....apa-apa pun hinata doakan semua member-member hinata dapat jawab exam dengan baik....semoga ALLAH s.w.t mempermudahkan segala urusan kita nanti...amin....

Sunday, February 7, 2010

perjalanan selama 2 hari cuti....

inilah perjalanan kami selama 2 hari cuti....perjalanan anggota workbase kampung tanjung langsat.....PENATNYE.....


Sunday, January 31, 2010

survey...

dah lame rasenye hinata tidak menulis...maklumlah sibuk dengan projek dan juga assigment. hari ni merupakan hari last kitorang buat survey kat kampung tanjung langsat, penat dan juga menyeronokkan. malam ni kitorang meeting untuk kumpul semua data yang telah diperolehi sepenjang survey kami selame 2 hari. alahamdulillah semuanya berjalan dengan elok...














Friday, January 8, 2010

sangka ku....

ku sangka kau fahami isi hatiku...
ku sangka kau memahamiku...
ku sangka kau dapat menerima keputusanku...
ku sangka kau bisa terima diriku...
ku sangka ku mengerti tindanku...

tiap kata dari hatiku
bukan ku cuba untuk melarikan diri
tapi memberi peluang dan ruang untuk kita
menghargai ....
mungkin dengan keputusan ini ..
barulah kita mengetahui jawapan yang tersembuyi dari hati kita yang sentiasa menipu kita...
ku tahu bila kau memberi madu
ku balas dengan racun
tapi diriku ini insan yang biasa
tak pernah lari dari masalah yang sentiasa mengintai peluang
untuk bermaharajalela
aku bersyukur mengenalimu
kerna engkau menjadikan aku kembali dari debu yang gelap menjadi debu yang suci
abu itu telah menjadi manusia yang akhirnya dapat berdiri teguh
menempuh onak dan duri ranjau perjalanan yanag penuh berliku
tidak pernah dalam hatiku untuk menidakkan kasih sayangmu itu
kerna aku sungguh bahgia bersamamu..
mendengar tiap lafaz yang keluar dari bibirmu itu..
tapi ini merupakan satu cubaan yaang harus kita tempuhi agar
cinta yanag di tanam itu subur bagai sekuntum bunga lavender bila
dijaga dengan elok akan berkembang harum ....
dan haruman itu bakal mewarnai hidup kita pada masa akan datang

Pahami lah diriku
kerna diriku sentiasa memahamimu...
anggaplah ia adalah dugaan ...
aku sebagai manusia aku sayang padamu...
namun biarlah hati ini menjadi milikNya ketika ini..
kerna yang lebih berhak...
hadirnya dirimu telah menyelamatkan aku dari kegelapan yang menyelubungi diriku
hadirnya dirimu menyedarkanku akan lenaku yang ngeri...
hadirnya dirimu menjadikan aku insan yang kuat...
namun biarlah kali ini akan berusaha untuk kuat tanpamu disisi...
kerna aku mahu suatu hari nanti aku dapat berdiri megah disisimu...
menjadi wanita yang bisa dirimu banggakan...


Saturday, January 2, 2010

persahabatan...


sahabat? semua insan mempunyai sahabat kan? namun adakah kita menghargainya? bagaimana kita menghargai khadiran mereka dalam hidup kita? adakah dia hadir tika kita amat memerlukannya dan adakah kita hadir tika dia amat memerlukan kita? seorang sahabat yang benar-benar dapat menerima seadanya kita amat sukar sekali untuk kita jumpa... oleh itu, hargailah sahabat kita, tidak kira siapa mereka sekali pun... kita juga manusia yang tidak lari dari mmbuat kesalahan...emang sukar untuk memaafkan so jalan yang terbaik ialah biarkan masa yang tentukan....
ada pendapat? dan sorang sahabat, tegakah kita mengaibkan sahabat kita...tegakah kita memalukan sahabat kita...tegakah kita menfitnah sahabat sendiri...namun percayalah masih ada insan yang berhati busuk seperti itu...

Wednesday, December 16, 2009

kritikan dan nasihat atau sengaja cari gaduh???????


hidup ni macam-macam kritikan dan nasihat yang akan kita dengar untuk memperbetulkan diri kita. namun adakah kita betul-betul ikhlas untuk menasihati seseorang atau kita sengaja untuk menyakiti hati insan tersebut. hinata rasa lebih baik kita berdiam diri sekiranya kita hanya sengaja untuk menyakiti kerana kita bukan sahaja memutuskan hubungan tapi ia juga menambahkan seorang lagi insan untuk membenci kita dalam dunia ni...dan dalam menyakiti hati seseorang itu, kita juga sudah menambah satu lagi dosa...betul tak? kritikan dan nasihat juga haruslah dengan cara yang betul dan bukan dengan cara yang akan menjatuhkan maruah insan tersebut. apa salahnya sekiranya kita menasihati seseorang itu dengan cara yang betul dan jangan la pulak kita mengharapkan orang yang kita nasihat itu berubah sekelip mata. jika kita ni robot maybe boleh kot namun kita ni manusia biasa dan tidak sempurna.