Monday, November 29, 2010

cuti ini...

salam kepada semua...

rasanya semua kengkawan sedang seronok bercuti sekrang ni...menghabiskan masa dengan keluarga tercinta. ia amat berlainan dengan hinata yang masih lagi d perantauan, bukan tidak mahu pulang kesisi keluarga namun ada urusan yang perlu hinata langsaikan di perantauan...alhamdulillah, raya haji yang baru sahaja berlalu, hinata ada pulang ke kampung... insan yang tercinta hinata sakit tapi alhamdulillah dia telah sihat kembali sebab itu hinata pulang ke johor. hinata sentiasa mendoakan ibunda kesayangan sentiasa sihat...walaupun ada kalanya kerisauan masih lagi menghantaui, takut peristiwa lama berulang...

hinata tidak sabar untuk menghabiskan kerja-kerja yang banyak di opis ini, tidak sabar rasanya untuk menyambung perjuangan di sisi rakan-rakan seperjuangan...tidak sabar rasanya untuk bertemu rakan-rakan...hinata kurang berhubung dengan rakan-rakan cuti ini kerana kesibukan kerja yang terpaksa hinata siapkan sebelum akhir tahun ini...biarpun ia hanya untuk sementara namun banyak perkara yang hinata timba...demi pengalaman yang baru untuk menjadi insan yang telah baik dari sebelumnya...hinata akan terus berusaha untuk ke arah itu...

adakalanya terasa sunyi tanpa kehadiran rakan-rakan, teringat segala memori yang dicipta bersama...ia membuatkan hinata tidak sabar untuk menyambung perjuangan. biarpun banyak halangan dan dugaan yang akan terpaksa ditempuhi nanti tapi itu tidak melemahkan semangat hinata untuk terus bangkit dan kembali menjadi lebih baik dari sebelumnya...tangis dan tawa sudah menjadi asam garam seorang pelajar seperti hinata, kesilapan demi kesilapan dilakukan namun itu tidak bermakna hinata harus lemah semangat...

biarpun ada kalanya sakit datang bertandang melemahkan kekuatan yang ada tapi ia bukan alasan untuk hinata berundur...alhamdulillah..kehadiran insan-insan yang tersayang membuatkan hinata tidak alpa,...ada juga yang sudi mengingatkan hinata setiap hari untuk makan ubat kerana adakalanya hinata mudah lupa untuk mengambilnya...bukan sengaja lupa tapi bila setiap hari hinata terpaksa menelan biji-biji yang pahit tu menyebabkan hinata muak...tapi teringat keikhlasan insan itu, hinata kembali sedar bahawa ia unruk kebaikan hinata juga...

walaupun sekarang insan itu tiada disisi, namun dia sering menghantar pesanan ringkas (sms) untuk mengingatkan hinata dan adakalanya dia akan menelefon untuk memastikan hinata mengikut jadual untuk mengambil ubat...hinata bersyukur sangat kerana dapat mengenali insan sepertinya yang sudi menjadi sahabat yang sejati...

Tuesday, November 2, 2010

jaganya dengan elok...

salam...rasanya sudah lama hinata tidak aktif dalam blog...bukan tidak mahu tapi hinata banyak menghabiskan masa menulis blog dalam blog peribadi hinata...sekarang ni study week, harap semua kekawan dapat tumpukan pada study masing-masing, next week kita dah nak exam kn....

tengok pada tajuk kali ini macam biasa je kn...memangla sebab hinata ni biasa-biasa je orang ye...setiap orang ada sesuatu yang diorang sayang, kn? tapi persoalannya sekarang, sanggup kah kita melepaskan sesuatu yang kita sayang? jujur hinata katakan yang hinata sanggup melepaskan sesuatu yang hinata sayang demi melihat ia bahagia...tapi hinata harap seseorang yang bakal menerima apa yang hinata lepaskan akan menghargainya dan menyayanginya lebih dari hinata menyayanginya...

mungkin apa yang kita lepaskan itu bukan milik kita maka wajarlah kita melepaskannya...bukan senang tau melepaskan sesuatu yang kita sayang kepada orang lain...so, tolong jaganya dengan elok,k??? happy kn ia selalu, terima seadanya...itu sahaja permintaan hinata....