Wednesday, December 16, 2009

kritikan dan nasihat atau sengaja cari gaduh???????


hidup ni macam-macam kritikan dan nasihat yang akan kita dengar untuk memperbetulkan diri kita. namun adakah kita betul-betul ikhlas untuk menasihati seseorang atau kita sengaja untuk menyakiti hati insan tersebut. hinata rasa lebih baik kita berdiam diri sekiranya kita hanya sengaja untuk menyakiti kerana kita bukan sahaja memutuskan hubungan tapi ia juga menambahkan seorang lagi insan untuk membenci kita dalam dunia ni...dan dalam menyakiti hati seseorang itu, kita juga sudah menambah satu lagi dosa...betul tak? kritikan dan nasihat juga haruslah dengan cara yang betul dan bukan dengan cara yang akan menjatuhkan maruah insan tersebut. apa salahnya sekiranya kita menasihati seseorang itu dengan cara yang betul dan jangan la pulak kita mengharapkan orang yang kita nasihat itu berubah sekelip mata. jika kita ni robot maybe boleh kot namun kita ni manusia biasa dan tidak sempurna.